Bab 1
Rayyan Amsyar menghempas kasar
tubuhnya ke atas sofa. Ikatan tali leher
yang terasa menjerut leher dilonggarkan. Tiga butang baju kemeja yang teratas
dibuka. Ruang tamu yang didudukinya itu terasa panas tiba-tiba. Padahal aircond yang dipasang di ruang tamu
Villa Kasih itu sudah berada di tahap yang agak rendah. Matanya mencerlung tajam ke dua wajah yang
begitu tenang di hadapannya. Dia mendengus kasar sambil memeluk tubuh.
“Mama. Papa. Please. Don’t force me. ”
Rayunya, cuba meraih simpati daripada kedua-dua orang tuanya itu.
Datuk Azfar Harith dan Datin Syaza
saling berpandangan. Sudah beberapa
tahun mereka cuba bertolak ansur dengan anak lelaki mereka itu. Kali ini,
hendak tak hendak mereka terpaksa bertegas. Tambahan pula, kali ini mereka ada
rancangan yang penting untuk Rayyan Amsyar. Namun, rancangan tersebut masih
belum dimaklumkan kepada Rayyan Amsyar. Mereka pasti Rayyan Amsyar akan
mengamuk jika tahu apa yang cuba mereka lakukan itu.
“Ams, papa bukannya suruh Ams pergi
merompak. Papa just nak Ams ikut kami balik kampung. Lawat atuk kamu kat kampung
tu hah. Dah lama kan kita tak balik kampung? Ams tau tak Ams dah berapa tahun
Ams tak balik kampung? Dah lima tahun. Atuk Ams tu pun dah bising tanyakan bila
Ams nak balik kampung. Tahun ni apa salahnya Ams ikut papa dan mama balik kampung.
Ams tak rindu kat atuk ke?”
“Alah papa. Baru lima tahun. Belum
sepuluh tahun pun. Nanti kalau ada masa, Ams baliklah kampung.” Rayyan Amsyar
membalas selamba.
Datuk Azfar Harith menjegilkan
matanya. Bertuah punya anak. Selamba badak dia je cakap macam tu. Dia menarik
nafas perlahan, cuba menyabarkan hati.
Datin Syaza hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala memandang Rayyan
Amsyar.
“Papa tak kira. Ams ikut papa balik kampung
petang ni. Kalau tak, papa ambil balik ‘gilfriend’ Ams,” ugut Datuk Azfar
Harith.
Rayyan ketap bibir. Tengoklah tu.
Papa dah mula gunakan kuasa veto. Mentang-mentang duit nak beli ‘girlfriend’
dia guna duit Datuk Azfar Harith. Yalah. Manalah mampu dia nak bayar harga kereta
Ferrari yang mencecah setengah juta ringgit itu. Rayyan Amsyar terdiam sejenak.
Cuba mencari akal untuk melarikan diri.
“Okay, papa, mama. Ams ikut papa
dengan mama balik kampung, tapi kita tukar ‘plan’. Kita balik minggu depan ke.
Petang ni Ams dah ada ‘plan’ dengan kawan Ams.” Rayyan Amsyar cuba berkompromi.
Dalam hati, dia sudah tergelak sakan. Ceh, jangan haraplah dia nak balik
kampung minggu depan. Awal–awal lagi nanti dia cabut lari. Bukannya ‘best’ pun
balik kampung tu. Air kat kampung tu dahlah sejuk giler. Bilik air pulak kat
luar rumah. Malam-malam nak buang air kat kampung atuk tu memang seram
sangat-sangat. Dulu, masa dia balik kampung masa dia masih kecil lagi,
macam-macam bunyi pelik dia dengar kat kampung waktu malam.
Datuk Azfar Harith mengusap-usap dagu
sejenak. “Za. Apa pendapat Za. Kita nak tukar ‘plan’ ke?” Datuk Azfar Harith
cuba meminta pendapat isterinya.
“Hmmm…tak payahlah abang nak
ikutkankan sangat apa yang Ams cakap ni. Banyak je alasan Ams bila mama dan
papa ajak balik kampung. Bukannya mama tak tau ‘plan’ Ams apa petang ni. Ams
nak pergi jumpa Azalia kan?” tegas Datin Syaza.
Rayyan Amsyar telan liur. Tekaknya
terasa kering tiba-tiba. “Mana ada. Pandai-pandai je mama ni. Am nak pergi
jumpa Haziq, Zikri dengan Arsyad jelah mama.” Nafi Rayyan Amsyar.
“Tak payahlah nak tipu mama, Ams.
Bukannya mama tak tau yang kawan-kawan Ams tu pun kawan baik dengan Azalia tu.
So, if Azalia nak join korang pun memang tak ada hal langsung. Dah berapa kali
mama pesan kat Ams, mama tak suka Ams couple dengan anak Datin Shahirah tu.
Pakai baju macam tak cukup kain. Mama kalau boleh nak menantu mama pakai
tudung. Kalau jenis yang pakai baju kurung macam mama ni, lagilah mama suka.
Sekarang ni mama tengok budak-budak muda ramai yang pakai tudung, tapi baju
ketat semacam. Ada yang pakai baju tak ada lengan pulak tu. Apa gunanya tutup
rambut tapi bahagian lain terdedah.” Datin Syaza membebel panjang.
Rayyan Amsyar menggaru-garu kepala
yang tidak gatal. Aduh. Mama kalau dah mula membebel, memang panjang. Penat
telinganya mendengar kata-kata yang sentiasa Datin Syaza ulangkan setiap kali
hal berkenaan Azalia timbul. Sampaikan dia sendiri sudah hafal apa yang ingin
dikatakan oleh Datin Syaza.
“Mama. Berapa kali Ams nak cakap yang
Ams dengan Azalia memang tak ada apa-apa pun. Kitorang bukan ‘couple’. Ams
dengan dia rapat pun sebab Ams dah kenal dia sejak sekolah rendah lagi. Dan…Ams
pun kalau nak cari isteri, mesti nak perempuan yang tutup aurat dia.” Rayyan
Amsyar membalas lambat-lambat. Bukanlah dia ingin mengatakan yang perempuan tak
pakai tudung tu jahat. Tidak sama sekali. Dia pun ramai kawan perempuan yang
tak pakai tudung. Dan perangai perempuan yang tak pakai tudung ni pun
kadang-kadang lebih baik daripada perangai perempuan yang bertudung. Tetapi,
memang rumlah lelaki, kalau nak cari perempuan sebai isteri, kalau boleh
biarlah yang padai menjaga auratnya daripada pandangan mata lelaki–lelaki yang
bukan muhrim. Tambah-tambah lagi dia memang sedar yang dirinya sendir jenis
lelaki yang paling pantang berkongsi barang dengan orang lain. Tubuh isterinya
hanyalah milik dia seorang. Hanya dia yang berhak melihat tubuh isterinya,
lelaki-lelaki yang lain tidak berhak sama sekali.
Mata Datin Syaza bercahaya
mendengarkan kata-kata anaknya itu. Nampaknya, ada peluang dia bermenantukan Haifa
Batrisya. Sekilas, terbayang wajah comel milik gadis itu di ruang mata. Ketika
kali pertama dia diperkenalkan dengan Haifa Batrisya lima tahun yang lepas,
hatinya sudah terpaut dengan gadis itu. Tetapi dipendamkan segala perasaannya
itu di dalam hati sahaja. Cuma baru beberapa hari yang lepas dia menyuarakan
hasrat hatinya itu kepada suaminya dan ayahnya, Encik Syafiq selaku atuk angkat
kepada Haifa Batrisya. Ternyata kedua-duanya turut bersetuju dengan
rancangannya yang ingin menjodohkan Muhammad Rayyan Amsyar dengan Nur Haifa
Batrisya. Tambahan pula, Encik Syafiq ingin menimang cicit secepat mungkin
sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mungkin ayahnya itu dapat
merasakan yang tempoh dia untuk tinggal di dunia ini sudah hampir tamat.
Sekarang mereka hanya perlu mendapatkan persetujuan daripada Rayyan Amsyar dan
Haifa Batrisya sahaja.
“Ams. Mama ada benda penting yang
mama nak cakap ni. Ams nak tak kalau…” kata-kata Datin Syaza terhenti apabila
terasa pahanya dicubit oleh Datuk Azfar Harith. Dialihkan pandangannya ke wajah
suaminya itu. Datuk Azfar Harith memberikan isyarat mata agar dia tidak meneruskan
kata-kata tadi. Tanda masih belum sampai masa lagi untuk mereka memberitahu
kepada Rayyan Amsyar.
Berkerut kening Rayyan Amsyar
memerhatikan tingkah Datuk Azfar Harith dan Datin Syaza yang duduk di
hadapannya itu. Kedua-dua orang tuanya itu seolah-olah menyorokkan sesuatu daripada
pengetahuannya. “Kalau apa mama?”
“Tak ada apa-apa. Mama just nak
tanya, Ams nak tak kalau kita duduk kat kampung atuk lama sikit. Tiga hari ke.
Kita kan dah lama tak balik kampung.” Ujar Datin Syaza dengan nada yang tenang.
Padahal dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebar dadanya
ketika ini. Hampir-hampir sahaja dia terlepas cakap mengenai Haifa Batrisya
tadi.
Rayyan Amsyar mengeluh perlahan.
Ingatkan benda apalah yang penting sangat mamanya ingin cakap tadi. “Kalau Ams
tak nak tinggal lama pun, mama dengan papa mesti nak Ams tinggal lama jugak
nanti. Okaylah, mama, papa. Ams nak naik atas dulu. Nak kemas barang.”
Rayyan Amsyar bangun dari sofa sambil
menggeliat perlahan. Biarlah dia mengalah dengan papa dan mama kali ini.
Bukannya luak pun kalau balik kampung. Tiga hari tak lama mana pun. Rayyan
Amsyar cuba memujuk diri. Rayyan Amsyar yang sudah sampai di kaki tangga
menghentikan langkah tiba-tiba. Dia teringatkan sesuatu. Lantas dia menoleh ke
arah Datuk Azfar Harith dan Datin Syaza yang masih belum lepas memandangnya sedari
tadi.
“Oh ya. Ams lupa nak cakap kat papa
dengan mama. Ams memang akan ikut balik kampung. Tapi, Ams tak nak naik kereta
dengan papa dan mama. Ams nak bawak kereta sendiri balik kampung petang nanti.”
Pinta Rayyan Amsyar.
“Suka hati kamulah, Ams. Janji Ams
jangan melencong tempat lain pulak nanti. Kalau tak, papa tarik balik
‘girlfriend’ Ams tu,” sahut Datuk Azfar Harith.
Rayyan Amsyar menjuih bibir. Geram
betul dia apabila papa asyik mengugut dia dengan kereta Ferrari kesayangannya
itu. Dia mendaki anak tangga sambil membebel tidak puas hati. Tapi perlahan
jelah suara dia membebel. Tak berani cakap kuat-kuat. Kalau Datuk Azfar Harith
dengar, tak ke naya aje!
“Bang. Nasib baik abang sempat tahan
Za tadi. Kalau tak, mesti tak jadi ‘plan’ kita tu. Kalau Ams tau apa yang kita
nak buat ni, mesti dia tak nak balik kampung. Ams tu bukannya boleh jangka.
Degilnya semacam. Tapi, abang rasa…Ams nak tak kat Haifa tu?” Datin Syaza
berbisik perlahan kepada suaminya sebaik sahaja kelibat Rayyan Amsyar sudah
hilang dari situ.
Datuk Azfar Harith tersenyum kecil.
Nampak sangat yang isterinya itu betul-betul berharap dapat bermenantukan Haifa
Batrisya. Dia mencapai tangan Datin Syaza lalu dikucup perlahan. “Don’t worry,
my dear. Abang yakin yang Ams mesti suka dengan Haifa tu.”
Datin Syaza mencebik. Yakin betul
suaminya itu. “Pandailah, abang. Mana abang tau? “
“Mestilah abang tau. Ams kan anak
abang. So, ‘taste’ dia mesti sama macam abang. Dia mesti nakkan perempuan macam
mamanya ni untuk buat isteri,” balas Datuk Azfar Harith sambil tangannya
mencubit perlahan pipi gebu isterinya. Datin Syaza pula hanya mampu tersenyum
mendengarkan kata-kata suaminya itu.







4 comments:
Aikk cam kenal je Rayyan Amsyar tuu..hehe
Pandai r ko....Sape Rayyan Amsyar tu???ko kenal ke???
=)
tak nak sambung ke...best citer nie,,huhuh
Post a Comment