RSS

Comelnya Isteri Aku

Bab 1


Rayyan Amsyar menghempas kasar tubuhnya ke atas sofa.  Ikatan tali leher yang terasa menjerut leher dilonggarkan. Tiga butang baju kemeja yang teratas dibuka. Ruang tamu yang didudukinya itu terasa panas tiba-tiba. Padahal aircond yang dipasang di ruang tamu Villa Kasih itu sudah berada di tahap yang agak rendah.  Matanya mencerlung tajam ke dua wajah yang begitu tenang di hadapannya. Dia mendengus kasar sambil memeluk tubuh.
 
“Mama. Papa. Please. Don’t force me. ” Rayunya, cuba meraih simpati daripada kedua-dua orang tuanya itu.

Datuk Azfar Harith dan Datin Syaza saling berpandangan.  Sudah beberapa tahun mereka cuba bertolak ansur dengan anak lelaki mereka itu. Kali ini, hendak tak hendak mereka terpaksa bertegas. Tambahan pula, kali ini mereka ada rancangan yang penting untuk Rayyan Amsyar. Namun, rancangan tersebut masih belum dimaklumkan kepada Rayyan Amsyar. Mereka pasti Rayyan Amsyar akan mengamuk jika tahu apa yang cuba mereka lakukan itu. 

“Ams, papa bukannya suruh Ams pergi merompak. Papa just nak Ams ikut kami balik kampung. Lawat atuk kamu kat kampung tu hah. Dah lama kan kita tak balik kampung? Ams tau tak Ams dah berapa tahun Ams tak balik kampung? Dah lima tahun. Atuk Ams tu pun dah bising tanyakan bila Ams nak balik kampung. Tahun ni apa salahnya Ams ikut papa dan mama balik kampung. Ams tak rindu kat atuk ke?”

“Alah papa. Baru lima tahun. Belum sepuluh tahun pun. Nanti kalau ada masa, Ams baliklah kampung.” Rayyan Amsyar membalas selamba.

Datuk Azfar Harith menjegilkan matanya. Bertuah punya anak. Selamba badak dia je cakap macam tu. Dia menarik nafas perlahan, cuba menyabarkan hati.  Datin Syaza hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala memandang Rayyan Amsyar.

“Papa tak kira. Ams ikut papa balik kampung petang ni. Kalau tak, papa ambil balik ‘gilfriend’ Ams,” ugut Datuk Azfar Harith.

Rayyan ketap bibir. Tengoklah tu. Papa dah mula gunakan kuasa veto. Mentang-mentang duit nak beli ‘girlfriend’ dia guna duit Datuk Azfar Harith. Yalah. Manalah mampu dia nak bayar harga kereta Ferrari yang mencecah setengah juta ringgit itu. Rayyan Amsyar terdiam sejenak. Cuba mencari akal untuk melarikan diri. 

“Okay, papa, mama. Ams ikut papa dengan mama balik kampung, tapi kita tukar ‘plan’. Kita balik minggu depan ke. Petang ni Ams dah ada ‘plan’ dengan kawan Ams.” Rayyan Amsyar cuba berkompromi. Dalam hati, dia sudah tergelak sakan. Ceh, jangan haraplah dia nak balik kampung minggu depan. Awal–awal lagi nanti dia cabut lari. Bukannya ‘best’ pun balik kampung tu. Air kat kampung tu dahlah sejuk giler. Bilik air pulak kat luar rumah. Malam-malam nak buang air kat kampung atuk tu memang seram sangat-sangat. Dulu, masa dia balik kampung masa dia masih kecil lagi, macam-macam bunyi pelik dia dengar kat kampung waktu malam.

Datuk Azfar Harith mengusap-usap dagu sejenak. “Za. Apa pendapat Za. Kita nak tukar ‘plan’ ke?” Datuk Azfar Harith cuba meminta pendapat isterinya.

“Hmmm…tak payahlah abang nak ikutkankan sangat apa yang Ams cakap ni. Banyak je alasan Ams bila mama dan papa ajak balik kampung. Bukannya mama tak tau ‘plan’ Ams apa petang ni. Ams nak pergi jumpa Azalia kan?” tegas Datin Syaza.

Rayyan Amsyar telan liur. Tekaknya terasa kering tiba-tiba. “Mana ada. Pandai-pandai je mama ni. Am nak pergi jumpa Haziq, Zikri dengan Arsyad jelah mama.” Nafi Rayyan Amsyar.

“Tak payahlah nak tipu mama, Ams. Bukannya mama tak tau yang kawan-kawan Ams tu pun kawan baik dengan Azalia tu. So, if Azalia nak join korang pun memang tak ada hal langsung. Dah berapa kali mama pesan kat Ams, mama tak suka Ams couple dengan anak Datin Shahirah tu. Pakai baju macam tak cukup kain. Mama kalau boleh nak menantu mama pakai tudung. Kalau jenis yang pakai baju kurung macam mama ni, lagilah mama suka. Sekarang ni mama tengok budak-budak muda ramai yang pakai tudung, tapi baju ketat semacam. Ada yang pakai baju tak ada lengan pulak tu. Apa gunanya tutup rambut tapi bahagian lain terdedah.” Datin Syaza membebel panjang.

Rayyan Amsyar menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aduh. Mama kalau dah mula membebel, memang panjang. Penat telinganya mendengar kata-kata yang sentiasa Datin Syaza ulangkan setiap kali hal berkenaan Azalia timbul. Sampaikan dia sendiri sudah hafal apa yang ingin dikatakan oleh Datin Syaza.

“Mama. Berapa kali Ams nak cakap yang Ams dengan Azalia memang tak ada apa-apa pun. Kitorang bukan ‘couple’. Ams dengan dia rapat pun sebab Ams dah kenal dia sejak sekolah rendah lagi. Dan…Ams pun kalau nak cari isteri, mesti nak perempuan yang tutup aurat dia.” Rayyan Amsyar membalas lambat-lambat. Bukanlah dia ingin mengatakan yang perempuan tak pakai tudung tu jahat. Tidak sama sekali. Dia pun ramai kawan perempuan yang tak pakai tudung. Dan perangai perempuan yang tak pakai tudung ni pun kadang-kadang lebih baik daripada perangai perempuan yang bertudung. Tetapi, memang rumlah lelaki, kalau nak cari perempuan sebai isteri, kalau boleh biarlah yang padai menjaga auratnya daripada pandangan mata lelaki–lelaki yang bukan muhrim. Tambah-tambah lagi dia memang sedar yang dirinya sendir jenis lelaki yang paling pantang berkongsi barang dengan orang lain. Tubuh isterinya hanyalah milik dia seorang. Hanya dia yang berhak melihat tubuh isterinya, lelaki-lelaki yang lain tidak berhak sama sekali. 

Mata Datin Syaza bercahaya mendengarkan kata-kata anaknya itu. Nampaknya, ada peluang dia bermenantukan Haifa Batrisya. Sekilas, terbayang wajah comel milik gadis itu di ruang mata. Ketika kali pertama dia diperkenalkan dengan Haifa Batrisya lima tahun yang lepas, hatinya sudah terpaut dengan gadis itu. Tetapi dipendamkan segala perasaannya itu di dalam hati sahaja. Cuma baru beberapa hari yang lepas dia menyuarakan hasrat hatinya itu kepada suaminya dan ayahnya, Encik Syafiq selaku atuk angkat kepada Haifa Batrisya. Ternyata kedua-duanya turut bersetuju dengan rancangannya yang ingin menjodohkan Muhammad Rayyan Amsyar dengan Nur Haifa Batrisya. Tambahan pula, Encik Syafiq ingin menimang cicit secepat mungkin sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mungkin ayahnya itu dapat merasakan yang tempoh dia untuk tinggal di dunia ini sudah hampir tamat. Sekarang mereka hanya perlu mendapatkan persetujuan daripada Rayyan Amsyar dan Haifa Batrisya sahaja.

“Ams. Mama ada benda penting yang mama nak cakap ni. Ams nak tak kalau…” kata-kata Datin Syaza terhenti apabila terasa pahanya dicubit oleh Datuk Azfar Harith. Dialihkan pandangannya ke wajah suaminya itu. Datuk Azfar Harith memberikan isyarat mata agar dia tidak meneruskan kata-kata tadi. Tanda masih belum sampai masa lagi untuk mereka memberitahu kepada Rayyan Amsyar.

Berkerut kening Rayyan Amsyar memerhatikan tingkah Datuk Azfar Harith dan Datin Syaza yang duduk di hadapannya itu. Kedua-dua orang tuanya itu seolah-olah menyorokkan sesuatu daripada pengetahuannya. “Kalau apa mama?”

“Tak ada apa-apa. Mama just nak tanya, Ams nak tak kalau kita duduk kat kampung atuk lama sikit. Tiga hari ke. Kita kan dah lama tak balik kampung.” Ujar Datin Syaza dengan nada yang tenang. Padahal dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebar dadanya ketika ini. Hampir-hampir sahaja dia terlepas cakap mengenai Haifa Batrisya tadi.

Rayyan Amsyar mengeluh perlahan. Ingatkan benda apalah yang penting sangat mamanya ingin cakap tadi. “Kalau Ams tak nak tinggal lama pun, mama dengan papa mesti nak Ams tinggal lama jugak nanti. Okaylah, mama, papa. Ams nak naik atas dulu. Nak kemas barang.” 

Rayyan Amsyar bangun dari sofa sambil menggeliat perlahan. Biarlah dia mengalah dengan papa dan mama kali ini. Bukannya luak pun kalau balik kampung. Tiga hari tak lama mana pun. Rayyan Amsyar cuba memujuk diri. Rayyan Amsyar yang sudah sampai di kaki tangga menghentikan langkah tiba-tiba. Dia teringatkan sesuatu. Lantas dia menoleh ke arah Datuk Azfar Harith dan Datin Syaza yang masih belum lepas memandangnya sedari tadi.

“Oh ya. Ams lupa nak cakap kat papa dengan mama. Ams memang akan ikut balik kampung. Tapi, Ams tak nak naik kereta dengan papa dan mama. Ams nak bawak kereta sendiri balik kampung petang nanti.” Pinta Rayyan Amsyar.

“Suka hati kamulah, Ams. Janji Ams jangan melencong tempat lain pulak nanti. Kalau tak, papa tarik balik ‘girlfriend’ Ams tu,” sahut Datuk Azfar Harith.

Rayyan Amsyar menjuih bibir. Geram betul dia apabila papa asyik mengugut dia dengan kereta Ferrari kesayangannya itu. Dia mendaki anak tangga sambil membebel tidak puas hati. Tapi perlahan jelah suara dia membebel. Tak berani cakap kuat-kuat. Kalau Datuk Azfar Harith dengar, tak ke naya aje!

“Bang. Nasib baik abang sempat tahan Za tadi. Kalau tak, mesti tak jadi ‘plan’ kita tu. Kalau Ams tau apa yang kita nak buat ni, mesti dia tak nak balik kampung. Ams tu bukannya boleh jangka. Degilnya semacam. Tapi, abang rasa…Ams nak tak kat Haifa tu?” Datin Syaza berbisik perlahan kepada suaminya sebaik sahaja kelibat Rayyan Amsyar sudah hilang dari situ.

Datuk Azfar Harith tersenyum kecil. Nampak sangat yang isterinya itu betul-betul berharap dapat bermenantukan Haifa Batrisya. Dia mencapai tangan Datin Syaza lalu dikucup perlahan. “Don’t worry, my dear. Abang yakin yang Ams mesti suka dengan Haifa tu.”

Datin Syaza mencebik. Yakin betul suaminya itu. “Pandailah, abang. Mana abang tau? “

“Mestilah abang tau. Ams kan anak abang. So, ‘taste’ dia mesti sama macam abang. Dia mesti nakkan perempuan macam mamanya ni untuk buat isteri,” balas Datuk Azfar Harith sambil tangannya mencubit perlahan pipi gebu isterinya. Datin Syaza pula hanya mampu tersenyum mendengarkan kata-kata suaminya itu.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Coming Soon ... My Second Novel ~ KAMERA CINTA

Novel kedua aku, Kamera Cinta (KC) :



 
Watak2 Utama KC:


Nama : Muhammad Adam Khalish Bin Muhammad Rayyan Zuhair

Umur : 25 tahun

Hobi : Berenang, lumba kereta

Kelebihan : Baby-faced, 'terror' bersilat

Personaliti : Nakal, romantik, cepat cemburu, egois, manja

"Aku bukanlah lelaki terbaik & sempurna utk dia. Kerana aku tau, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Tetapi, aku tak sanggup lepaskan dia kepada lelaki-lelaki yang lain. Hidup Muhammad Adam Khalish takkan lengkap tanpa Nur Damia Muazarah." - Adam Khalish 







Nama : Nur Damia Muazarah Binti Muhammad Muaz

Umur : 23 tahun

Hobi : Bermanja dengan suami kesayangan (Adam Khalish), membaca novel

Kelebihan : 'Terror' memasak

Personaliti : Penyayang, tabah, pandai memujuk, suka senyum, setia, cepat gelabah.

"Aku tak pernah jatuh cinta. Jadi, aku tak tau macam mana rasanya kalau dah jatuh cinta. Kenapa hanya dengan dia aku rasa berdebar-debar? Kenapa baru sehari tak jumpa, aku dah rindu dengan dia? Kenapa aku rasa cemburu bila lihat dia bergelak ketawa dengan perempuan lain? Muhammad Adam Khalish ... kau dah buatkan aku jadi angau dengan kau." - Damia Muazarah





Nama : Muhammad Azzam Rifqi Bin Muhammad Farhan

Umur : 26 tahun

Hobi : Bersenam

Personaliti : Ceria, baik hati, tak pandai tunjukkan perasaan, mudah simpati.

"Cinta pertama memang susah dilupakan. Tetapi, tak mustahil cinta kedua lebih hebat dari cinta pertama. Buktinya, aku cintakan Nur Alisha Qaisarah lebih daripada aku cintakan Nur Damia Muazarah. Aku boleh hidup tanpa Damia, tapi aku tak boleh hidup tanpa Alisha..." - Azzam Rifqi





Nama : Nur Alisha Qaisarah Binti Muhammad Rayyan Zuhair

Umur : 21 tahun

Hobi : Memasak, membeli-belah, mengambil gambar

Personaliti : tegas, berani, peramah, mudah merajuk, bijak.

"Pertama kali aku jumpa dia, aku terus jatuh cinta. Padahal, aku bukanlah jenis perempuan yang cepat jatuh cinta. Aku cemburu dengan Kak Damia bila aku dapat tau Kak Damia cinta pertama Abang Azzam. Aku rasa tak adil sebab Abang Azzam cinta pertama aku, dan aku bukannya cinta pertama Abang Azzam." - Alisha Qaisarah


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS